11 Januari 2008

PERJUMPAAN UNIT KOKURIKULUM 2008

Sukacita dimaklumkan bahawa perjumpaan unit-unit kokurikulum akan diadakan pada selama tiga hari bermula Selasa, 15 Januari 2008 sehingga Khamis, 17 Januari 2008.

Perjumpaan ini akan melibatkan murid-murid di Tahun Tiga sehingga Tahun Enam berdasarkan pemilihan yang telah dibuat melalui Borang Pemilihan Bidang KoKurikulum. Senarai agihan murid mengikut bidang akan dilekatkan di setiap kelas Tahun Tiga dan Tahun Empat.

Tempat dan masa perjumpaan akan diberitahu pada masa perhimpunan pagi dan juga akan dilekatkan pada papan kenyataan kokurikulum sekolah.

Sekian. Terima kasih.