29 Januari 2008

AKTIVITI KOKURIKULUM

Adalah dimaklumkan bahawa semua aktiviti kokurikulum bagi tahun 2008 hanya akan bermula pada 13 Februari 2008.

Masa perjumpaan untuk unit-unit kokurikulum ialah dari jam 4:00 petang sehingga jam 6:00 petang. Perubahan masa ini ialah untuk memberi laluan kepada kelas PUZ Tahun Enam yang dijalankan bermula hari Isnin sehingga Khamis dari jam 2:00 - 4:00 petang.

Sekian.