11 Disember 2007

Selamat Datang dan Terima Kasih

Pihak pengurusan, staf akademik dan sokongan ingin mengucapkan Selamat Datang kepada guru-guru yang baru melaporkan diri ke sekolah ini. SKBTM berharap tuan / puan akan memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan telus dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

Pihak sekolah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada :-
  1. Cikgu Mazlan Mustafa
  2. Cikgu Nor Hisham Mohd Afandi
  3. Cikgu Azizon Omar
  4. Cikgu Rafiquzaman Talib
  5. Cikgu Mazlina Mohamad
  6. Cikgu Halimatun Najwa
kerana telah mendapat kelulusan bertukar sama ada ke daerah lain ataupun ke negeri lain. Pihak SKBTM juga berharap tuan / puan akan terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang di persekitaran kerja yang baru. Tahniah kami ucapkan.