02 November 2007

Kutipan Buku Teks

Adalah dimaklumkan bahawa proses pemulangan semua buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) akan bermula pada 6 November 2007.

Ibu bapa dan waris murid-murid adalah diingatkan supaya memastikan jumlah buku teks yang disediakan untuk pemulangan berjumlah sama seperti yang tercatat di dalam borang pinjaman.

Jika berlaku kehilangan buku teks, pihak pengurusan SPBT akan mengeluarkan surat peringatan dan memaklumkan tentang bayaran dikenakan. Semua waris dikehendaki mengikat buku-buku teks yang dipinjam dalam satu bungkusan yang kemas.

Sekian, dimaklumkan.