11 November 2007

Buku Teks 2008

Sukacita dimaklumkan bahawa unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) SKBTM akan mula mengedarkan buku-buku teks kepada semua murid-murid Tahun 2 hingga Tahun Enam 2008 bermula 12 November 2007.

Justeru itu, semua murid SKBTM dikehendaki hadir pada minggu terakhir (12 hingga 16 November 2007) sesi persekolahan 2007 untuk menerima bekalan buku teks bagi tahun persekolahan 2008.

Sekian dimaklumkan.