28 Ogos 2007

PERJUANGAN

PERJUANGAN
YANG MESTI DITERUSKAN...


Assalamualaikum...

Pertama sekali sekalung tahniah kepada para pejuang yang sejati SKBTM. Sesungguhnya perjuangan kita adalah untuk memertabatkan profesion perguruan yang kita cintai. Apa guna laungan 50 tahun kemerdekaan jika fikiran dan arahan yang tidak masuk akal menjadi penghalang kepada kecemerlangan pendidikan anak bangsa kita.

Kepada para pejuang....
Syabas kepada anda sekalian kerana berani menegakkan keadilan walaupun menempuh onak dan duri yang berliku. Inilah perjuangan yang kudus dan perlu diterus sehingga anasir parasit dalam organisasi kita tersingkir. Inilah kenikmatan sebenarnya untuk kita menyambut kemerdekaan negara yang ke 50.

Untuk semua........
Kita perlu kuatkan semangat dan tekad demi memartabatkan maruah yang sekian lama dihina dan terhina.

Demi masa depan kita tidak mahu pertaruhkan di tangan seorang ketua yang ......

....tidak bermaruah
....tidak beretika
....tidak menghormati hak sebagai seorang insan
....ketua yang diktator
....ada tali barut yang sangat hina dan keji

maka..... itulah kita mesti teruskan perjuangan ini

Alang-alang menyeluk pekasam..
Biar sampai ke pangkal lengan.
Alang-alang berlawan ..
Biar sampai berjaya..

Wassalam.