10 November 2020

PENUTUPAN SEKOLAH 2.0

 Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Selaras dengan pengumuman Menteri Kanan (Pendidikan), YAB Dr Radzi Jidin berhubungn dengan penutupan semua institusi pendidikan rendah, menengah dan tertiari bagi semua negeri di Malaysia akibat penularan semula COVID-19. Pengarah Pendidikan Negeri telah mengarahkan semua sekolah ditutup mulai 9 November 2020 sehingga 20 Januari 2021.

Justeru itu semua sesi pembelajaran bersemuka adalah dibatalkan. Walau bagaimanapun, sesi pembelajaran dalam talian akan terus digunakan bagi memastikan pembelajaran murid-murid tidak terganggu. Pihak sekolah telah mengeluarkan jadual pembelajaran tersebut. Guru mata pelajaran akan memuat naik bahan-bahan pembelajaran ke dalam grup kelas anak-anak tuan puan.

Pentadbiran sekolah berharap murid-murid serta ibu bapa dapat menggunakan kaedah pembelajaran secara maya ini untuk mengulangkaji mata pelajaran sekolah. Perkembangan baharu mengenai pembelajaran secara maya ini akan dibuat dari masa ke masa. 

Pihak sekolah befrharap semua murid dapat menjaga keselamatan dan kesihatan diri semasa perintah kawalan pergerakan ini. Sekian.

18 Ogos 2020

AKTIVITI KOKURIKULUM PASCA COVID-19

 Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Selaras dengan pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan) bahawa semua aktiviti kokurikulum bersemuka di sekolah-sekolah rendah dan menengah akan bermula pada 1 September 2020. Semua aktiviti kokurikulum ini akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ibu bapa juga dikehendaki mengisi dokumen membenarkan anak-anak untuk terlibat dalam semua aktiviti kokurikulum sekolah.

Justeru itu, pihak pengurusan kokurkulum sekolah akan mengeluarkan jadual pelaksanaan aktiviti kokurikulum dalam masa terdekat. Semua murid wajib mematuhi SOP yang dikeluarkan pihak KKM, MKN dan KPM.

Sekian, harap maklum.

03 Ogos 2020

JADUAL PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2021

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Sukacita memaklumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2021 telah dijadualkan untuk dimulakan seperti yang dinyatakan di bawah:-

  • Hari Rabu
  • 20 Januari 2021
Hal ini selaras dengan pengumuman YB Menteri Pendidikan, Dr. Radhi Mat Jidin di Parliman Malaysia semasa sesi penggulungan titah Yang Di-Pertuan Agong (YDA). Jadual persekolahan terperinci tahun 2021 yang melibatkan sesi suaikenal, murid-murid Tahun Satu dan Prasekolah serta jadual pembelian buku tulis dan pembayaran yuran sekolah akan diumumkan pihak sekolah sebelum tamat persekolahan 2020.

Sekian, harpa maklum.

26 Julai 2020

PEMBATALAN UPSR 2020

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Kementerisan Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi 2020 DIBATALKAN. Menteri Kanan (Pendidikan) Dr. Radzi Jidin berkata, pembatalan UPSR tidak menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid selepas mengikuti pendidikan peringkat rendah kerana penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah.

Walaupun demikian, semua murid Tahun Enam dikehendaki hadir ke sekolah seperti biasa dan meneruskan pembelajaran sehingga akhir tahun. Pengecualian tidak hadir ke sekolah hanya kepada murid yang bergejala atau sakit sahaja.

Sekian, terima kasih.

01 Julai 2020

PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH NORMA BAHARU

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Selaras dengan pengumuman YB Menteri Pendidikan Malaysia, semua institusi pendidikan rendah dan menengah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mula di buka semula seperti yang dinyatakan di bawah:-
      • mulai hari Rabu
      • 22 Julai 2020
    1. Semua murid aliran perdana Tahun 1 hingga Tahun 6
    2. Semua murid Prasekolah
    3. Semua murid kelas Pendidikan Khas
Justeru itu semua ibu bapa, waris serta penjaga murid-murid adalah dinasihatkan supaya membuat persiapan yang rapi dari segi bahan-bahan pembelajaran dan pengangkutan ke sekolah. Pintu pagar sekolah hanya akan di buka mulai jam 7:00 pagi.

Para ibu bapa dinasihatkan supaya menghantar anak tuan puan sebelum jam 7:15 pagi untuk mengelakkan kesesakan di pintu pagar. Pihak sekolah telah menyediakan beberapa saluran masuk di pintu masuk ke sekolah untuk memudahkan proses saringan suhu badan murid.

Pihak kantin menjual makanan dan minuman berbungkus. Guru akan membawa murid-murid ke kantin untuk membeli makanan dan minuman dan makan di dalam kelas. 

Para guru berharap agar semua murid dapat menjaga keselamatan dan kesihatan diri sendiri. Pihak sekolah akan mengikuti operasi prosedur standard yang disarankan KPM - KKM dengan mengamalkan penjarakan sosial, pengambilan suhu badan murid di pintu masuk ke sekolah dan menasihatkan supaya murid memakai pelitup separuh muka.

Pihak sekolah ingin mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid SKBTM.