Sukacita memaklumkan bahawa majlis penerangan mengenai pelaksanaan program LINUS akan diadakan seperti yang dicatatkan di bawah:
- Hari Jumaat
- 26 Februari 2016
- 8:00 pagi
- Dewan Mutiara
LINUS adalah singkatan bagi Literasi dan Numerasi. Program ini memberi fokus kepada penguasaan kemahiran-kemahiran berbahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta kemahiran-kemahiran matematik. Beberapa pegawai LINUS dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Selatan akan memberikan penerangan lanjut pelaksanaan serta pengujian kemahiran. Majlis penerangan ini hanya melibatkan para ibu bapa serta waris murid-murid Tahun Satu
Sekian, harap maklum.