16 Februari 2015

MAJLIS MESRA LINUS 2015

Salam sejahetera,

Sukacita dimaklumkan bahawa majlis Mesra LINUS 2015 akan diadakan di sekolah ini seperti yang tercatat di bawah:-

  • Hari Selasa
  • 17 Februari
  • 8:00 pagi
  • Dewan Mutiara

Majlis Mesra LINUS adalah merupakan sesi taklimat kepada para ibu bapa murid-murid Tahun Satu berkenaan pelaksanaan program Literasi, Numerasi dan Saringan (LINUS) iaitu salah satu daripada beberapa program transformasi pendidikan yang diletakkan di bawah sub-NKRA GTP Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekian, Harap maklum.

14 Februari 2015

JULAT MARKAH BAHARU

Salam sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa julat markah bagi sistem penilaian dan pentaksiran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baharu adalah seperti berikut;-

Julat markah baharu ini akan mula gunakan pada Ujian Kemajuan Satu (UK1) yang dijadual akan dilaksanakan pada 3 Mac 2015. Julat markah ini hanya akan melibatkan murid-murid dari Tahun 1 - Tahun 5 sahaja. Murid-murid di Tahun Enam akan menggunakan julat markah KBSR sedia ada. Untuk keterangan lanjut sila layari laman sesawang SAPS NKRA Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekian terima kasih. Harap maklum.

05 Februari 2015

PROGRAM JALINAN KASIH

Salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa program Jalinan Kasih yang diadakan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Sabtu
  • 14 Februari 2015
  • Dewan Mutiara

Program ini bertujuan mendapatkan maklum balas daripada pihak guru-guru mengenai prestasi peperiksaan subjek-subjek UPSR  dan dikongsikan bersama-sama ibu bapa murid-murid Tahun Enam dalam usaha merangka program peningkatan prestasi akademik.

Sekian. Harap maklum.

01 Februari 2015

UJIAN PRA PENGESANAN UPSR 2015

Salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa ujian Pra Pengesanan UPSR bagi murid-murid Tahun Enam tahun 2015 akan diadakan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Rabu - Hari Jumaat
  • Murid-murid Tahun Enam, 2015
  • Semua subjek UPSR

Sehubungan itu, ibu bapa serta waris murid-murid Tahun enam adalah dimohon supaya menasihatkan anak-anak yang akan mengambil ujian ini supaya membuat ulangkaji subjek-subjak UPSR. Format soalan pra pengesanan ini adalah sama seperti soalan kertas-kertas UPSR sebenar. Jadual pelaksanaan ujian pra ini telah pun diedarkan kepada semua murid Tahun Enam.

Sekian. Harap maklum.