24 September 2013

PKSR 2

Dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Pentaksiran Kemajuan Sekolah Rendah Penggal 2 (PKSR2) akan bermula seperti yang dicatatkan di bawah:-
  • 8 - 10 Oktober 2013
  • Semua murid Tahap Dua
  • Semua subjek teras termasuk Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
Murid-murid Tahap Satu akan dinilai secara berterusan dan sepanjang tahun melalui sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan bukannya melalui sistem penilian sumatif sedia ada.

Justeru itu, semua murid dinasihatkan supaya mengulangkaji mata pelajaran yang dicatatkan di atas bagi mendapat keputusan yang cemerlang. Keputusan PKSR ini akan digunakan sebagai asas pergerakkan murid-murid masuk ke kelas pada tahun 2014. Markah dari PKSR ini juga akan diambil untuk anugerah pada sambutan Hari Kecemerlangan Pelajar.
Sekian dimaklumkan.