04 Julai 2013

KEM MOTIVASI 1 MALAYSIA SEKOLAH RENDAH, 2013

Sukacita memaklumkan bahawa pihak pengurusan Pusat KoKurikulum, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang telah menganjurkan Kem Motivasi 1 Malaysia bagi murid-murid Tahun Enam, 2013. Kem ini bertujuan memupuk semangat kenegaraan dan persefahaman di antara kaum di kalangan murid-murid sekolah rendah. 

Sesi pengenalan diri @ "Ice Breaking" para peserta kem

Aktiviti ikatan asas

Kem ini bermula pada 3 Julai 2013 dan berakhir pada 5 Julai 2013. Kem Motivasi 1 Malaysia diadakan di tapak latihan dan perkhemahan Pusat Kokurikulum Negeri di Bukit Mertajam. Empat buah sekolah rendah telah mengambil bahagian iaitu SK Bandar Tasek Mutiara, SK Permatang Tok Mahat, SK Seberang Jaya 1 dan SK Tok Kandu. Seramai 140 orang peserta dipilih untuk mengikuti kem ini.

Aktiviti yang dilakukan para peserta Kem Motivasi 1 Malaysia Sekolah Rendah

Latihan Dalam Kumpulan

 'Repelling'

 'Flying Fox'

 'Repelling'

 Jamuan

 Ikatan asas

'Wall climbing'

 'Wall climbing'

'Repelling'

Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua jurulatih Pusat KoKurikulum, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang dan para guru pengiring yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang, berdedikasi dan penuh amanah bagi menjayakan program ini.

Terima kasih.