16 Februari 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 5, 2009

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Ibubapa dan Guru-guru (PIBG) SKBTM akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Ke 5 pada hari Sabtu, 28 Februari 2009 bertempat di Dewan Mutiara, Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara.

Para ibu bapa dan waris juga boleh mengemukakan usul yang berkaitan dengan peningkatan prestasi pendidikan anak-anak mereka melalui Surat Notis Mesyuarat Agung PIBG yang telah diedarkan mulai hari Isnin, 16 Februari 2009.

Justeru itu, semua ibu bapa dan waris murid-murid sekolah ini dijemput hadir ke mesyuarat tersebut yang dijangkakan bermula pada jam 8:00 pagi.

Sekian harap maklum.