23 Mac 2013

NAIB JUARA PERTANDINGAN BOLASEPAK R03

Tahniah ducapkan kepada semua pemain pasukan bolasepak SKBTM yang telah berjaya menjadi Naib Juara Bolasepak Sekolah Rendah Zon R03 Seberang Perai Selatan. Perlawanan akhir pertandingan telah dijalankan pada 22 Mac 2013 di padang SK Seri Tasek. Perlawanan tersebut adakan di antara SKBTM dan SK Sungai Acheh. Di dalam perlawanan itu, SKBTM kalah tipis 0 - 1 kepada SK Sungai Acheh.
 
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada para pengurus, jurulatih serta guru-guru SKBTM yang banyak menyokong pasukan bolasepak SKBTM. Diharapkan usaha ini akan diteruskan pada tahun hadapan.

 
 
Tahniah dan terima kasih.

18 Mac 2013

PERTANDINGAN BOLA SEPAK ZON

Sukacita memaklumkan bahawa pasukan bolasepak SKBTM telah berjaya ke peringkat separuh akhir. Perlawanan separuh akhir ini akan diadakan pada hari Jumaat, 22 Mac 2013 pada jam 3:00 petang di padang SK Seri Tasek. Perlawanan penentuan ini adalah di antara SKBTM dengan SK Seri Tasek.
 
Semua penyokong pasukan bola sepak SKBTM adalah dijemput ke padang SK Seri Tasek pada tarikh dan masa yang dinyatakan di atas untuk menyokong pasukan SKBTM. Semua warga SKBTM mendoakan kejayaan pasukan bolasepak sekolah.
 
Sekali lagi TAHNIAH DAN SEMOGA BERJAYA KE PERLAWANAN AKHIR.

07 Mac 2013

SELAMAT BERSARA

Badan Kebajikan Guru dan Staf SKBTM telah menganjurkan majlis istimewa kepada Encik Omar bin Ismail, Pembantu Am Rendah (PAR) yang akan menyambut hari persaraannya pada 7 Mac 2013.
 
Pihak sekolah ingin mengucapkan SELAMAT BERSARA kepada encik Omar serta ucapan ribuan terima kasih di atas segala sumbangan dan perkhidmatan yang telah beliau berikan.
 
Sekian.